AutoCAD
merupakan sebuah program yang biasa digunakan untuk tujuan tertentu dalam
menggambar serta merancang dengan bantuan komputer dalam pembentukan model
serta ukuran dua dan tiga dimensi atau lebih dikenali sebagai “Computer-aided
drafting and design program” (CAD). Program ini dapat digunakan dalam semua
bidang kerja terutama sekali dalam bidang-bidang yang memerlukan keterampilan
khusus seperti bidang Mekanikal Engineering, Sipil, Arsitektur, Desain Grafik,
dan semua bidang yang berkaitan dengan penggunaan CAD.
Sistem program gambar dapat
membantu komputer ini akan memberikan kemudahan dalam penghasilan model yang
tepat untuk memenuhi keperluan khusus di samping segala informasi di dalam
ukuran yang bisa digunakan dalam bentuk laporan, Penilaian Bahan (BOM), fungsi
sederhana dan bentuk numerial dan sebagainya. Dengan bantuan sistem ini dapat
menghasilkan sesuatu kerja pada tahap keahlian dan yang tinggi ketepatan di
samping menghemat waktu dengan hanya perlu memberi beberapa petunjuk serta cara
yang mudah.
Gambar yang dibentuk melalui
program autocad dapt diubah bentuk-nya untuk keperluan grafik yang lain melalui
beberapa format seperti DXF ( Data Exchanged File), IGES, dan SLD. Tambahan
pula membantu program ini juga, berkemampuan untuk membentuk dan menganalisa
model pepejal dalam kerja-kerja rekabentuk kejuruteraan. Untuk memenuhi
keperluan yang lebih canggih, perisian ini mampu membawa pengguna
mengautomasikan kerja-kerja penggunaan pengaturcaraan sokongan seperti LISP,
dan ADS untuk membentuk arahan tambahan tersendiri.
Sebelum sesuatu kerja
dilakukan, asas mengetahui sesuatu sistem perkomputeran beroperasi adalah
penting bagi memudahkan segala kerja yang dilakukan supaya tidak timbul
sebarang masalah sama ada sebelum atau selepas penggunaan sistem tersebut.Oleh
itu, perkara asas yang perlu diketahui sebelum pengendalian sesuatu komputer
adalah seperti pengetahuan dalam penggunaan sistem operasi (operating system),
penggunaan “hardware” dan “software”. Saya akan menceritakan lebih lanjut serta
menerangkan secara ringkas beberapa perkara penting yang perlu diambil
perhatian sebelum perisian grafik ini dijalankan dalam pos saya yang akan datang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar